Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bersatu dan bergerak sehaluan di bawah GPS

ByConnie Grace

KUCHING, 26 Nov: Parti-parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak harus bergerak mengikut haluan masing-masing tetapi sebagai satu unit yang bersatu, kata penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil.

Menurutnya, perpaduan adalah penting untuk mempertahankan kepimpinan GPS bagi memastikan kepentingan serta pembangunan di Sarawak, khususnya di luar bandar, terurus dan diberi perhatian sewajarnya.

“Perpaduan antara parti-parti komponen harus dijalinkan kerana pucuk pimpinan dan hala tuju untuk suara rakyat harus sampai dengan mengetepikan hasrat untuk berjalan sendiri,” katanya.

Dr Jerip, yang juga Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, menambah semua jentera parti di kawasan DUN Mambong sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak biarpun pelaksanaanya dijangka akan mengikut garis panduan baharu.

“Jentera kita di kawasan DUN Mabong sudah lama bersedia malah pada peringkat akar umbi, iaitu kampung dan pada peringkat atasan, kita akan melantik orang kampung untuk pergi dari rumah ke rumah bagi memperkenalkan logo GPS sahaja.

“Kita juga sudah bersedia untuk berkempen menerusi platform media sosial seperti Facebook yang dilihat sebagai medium terkini untuk menyebarkan dasar kerajaan di bawah GPS dan pelbagai aktiviti kita di kawasan,” ujarnya.

Beliau menambah, pihaknya akan memastikan pengundi dapat turun beramai-ramai untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian dan, pada waktu yang sama, mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Dr Jerip berkata demikian ketika ditemui media pada Program Penyerahan Tapak Projek Naik Taraf Dewan Serbaguna Kampung Taba Sait pada Jumaat. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan