Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Abang Johari adakan tiga acara rasmi di Kabong

BySalasiah Safian

BETONG, 26 Nov : Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengadakan tiga acara rasmi dalam rangka lawatan kerjanya ke daerah Kabong.

Pada sebelah pagi, beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Jalan Hubung ke Skim Pembesaran Kampung (SPK) Hulu Kabong Fasa 1 di sini.

Projek tersebut, yang menelan belanja sebanyak RM30 juta, terletak setengah kilometer dari Pasar Kabong.

Antara komponen projek adalah 200 lot kediaman, tapak pencawang SESCO, tapak Desa Perdagangan dan Perindustrian, tapak surau, tapak tadika, kawasan lapang, dan jalan hubung.

Sebanyak 50 daripada 200 lot kediaman akan dibangunakan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan di bawah Program Rumah Spektra Permata sebagai projek rakyat.

Tujuan pelaksanaan projek itu adalah untuk memenuhi keperluan penduduk kampung sedia ada yang semakin bertambah.

Ia juga bertujuan bagi mengatasi kesesakan serta menyusun kedudukan rumah yang agak tidak teratur.

Sementara itu, Projek Jalan Hubung ke SPK Hulu Kabong Fasa 1 pula akan bermula pada Disember ini dan dijangka siap pada Julai 2023.

Tujuan pelaksanaan jajaran jalan hubung tambahan itu adalah untuk memberi manfaat dari aspek keselamatan di samping menyediakan jalan alternatif bagi penduduk kampung yang tinggal di SPK itu nanti.

Manakala itu, pada sebelah petang selepas selesai menunaikan solat Jumaat, Abang Johari akan mendengar taklimat bagi Projek Pekan Baharu Kabong selain menyempurnakan upacara simbolik Pecah Tanah Projek Pekan Baharu Kabong.

Seterusnya, beliau dijadual menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Penjaja Daerah Kabong. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan