Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Projek BALB manfaatkan penduduk rumah panjang di Marudi

MARUDI, 25 Nov : Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang dilaksanakan kerajaan untuk kemudahan penduduk di beberapa rumah panjang di sini siap sepenuhnya.

Rata – rata penduduk yang ditemui TVS menarik nafas lega apabila mereka kini boleh menggunakan bekalan air bersih tanpa halangan.

Bagi Jane Warner Gem, kemudahan air paip itu telah membantunya melakukan urusan harian dengan lebih lancar.

” Sekarang kami boleh guna air paip selama 24 jam sehari, tiada masalah lagi,” katanya yang tinggal di Rumah Panjang Ridap Sungai Pasir.

Sementara itu, Tuai Rumah Lajang Linai berkata, beliau turut menyambut baik inisiatif berkenaan.

” Menyusul selepas ini, saya berharap akan ada lebih banyak kemajuan dan pembangunan dibawa oleh kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kawasan ini. Sebagai contoh, mungkin jaringan telekomunikasi juga boleh dipertingkatkan,” katanya.

Majlis perasmian BALB bagi kawasan Marudi dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

Projek ini mula dilaksanakan pada Mac 2019 dan siap pada September lepas.

Menerusinya, tekanan air dapat ditingkatkan dan bekalan air bersih dapat disalurkan secara konsisten di sekitar Marudi terutamanya pada waktu puncak. -TVAS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan