Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Enam projek perumahan penjawat awam Sarawak

KUCHING, 25 Nov : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan lima Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di Sarawak setakat ini.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pecahan projek berkenaan melibatkan masing – masing dua di Kuching dan Miri serta satu di Kota Samarahan dan Sibu.

Ujar beliau, sebanyak tiga projek telah siap sehingga bulan ini manakala dua dalam proses pembinaan.

” Satu lagi dalam peringkat perancangan yang melibatkan jumlah 1,595 unit,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Reezal Merican melakukan tinjauan mesra keluarga Malaysia dan menyerahkan kunci kepada pemilik baharu perumahan di PPAM Kota Samarahan @ Ike Village.

Yang turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan Perumahan negeri, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib.

Mengulas mengenai projek di Kota Samarahan, Reezal Merican berkata, ia merupakan projek perumahan mampu milik di bawah Skim Perumahan Penjawat Awam yang dibangunkan kementeriannya yang telah diluluskan pada Februari 2018.

” PPAM Kota Samarahan ini mempunyai 300 unit pangsapuri dengan keluasan 850 hingga 1150 kaki persegi yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak 59.7 peratus pembeli PPAM Kota Samarahan merupakan penjawat awam yang berusia bawah 40 tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan