Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 24 Nov -- Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh (dua, kiri) menyampaikan watikah pelantikan pegawai pengurus pilihan raya kepada Setiausaha Majlis Daerah Lundu Norashikin Brahim (tengah) pada Majlis Penyerahan Writ Pilihan Raya dan Watikah Pelantikan Kepada Pegawai Pengurus sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-12 di sini hari ini. Seramai 82 pengurus pilihan raya menerima watikah perlantikan hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Yakin capai sasaran 70 peratus keluar mengundi PRN Sarawak – SPR

KUCHING, 24 Nov : Sekalipun dilihat agak ‘tinggi’ , Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap yakin sasaran 70 peratus pengundi akan keluar membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak akan dapat dicapai.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh pada masa sama turut memohon kerjasama semua pihak termasuk media dan parti – parti politik agar turut mengambil langkah untuk menyeru supaya pemilih berdaftar di negeri ini keluar menunaikan tanggungjawab masing – masing.

” Insya-Allah boleh capai (sasaran 70 peratus keluar mengundi),” katanya ringkas selepas Majlis Penyerahan Writ dan Watikah Pelantikan kepada pegawai pengurus PRN Ke-12 Sarawak di sini hari ini.

Terdahulu, menerusi sidang media, Abdul Ghani mengumumkan SPR menetapkan tarikh pengundian bagi PRN Ke-12 Sarawak ialah pada Sabtu 18 Disember manakala penamaan calon pada 6 Disember depan.

Sebelum ini pada PRN Melaka, jumlah peratusan pengundian sebanyak 65.85% atau 326,068 daripada 495,195 pengundi berdaftar .

Sarawak pula menurut kemas kini Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) sehingga 2 November lepas mempunyai 1 252 014 juta pengundi dengan seramai 1 228 858 juta merupakan pengundi biasa .

Bakinya terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan serta pengundi luar negara.

Menerusi kenyataan yang diedarkan kepada media, SPR menganggarkan kos PRN Ke-12 Sarawak sekitar RM150 juta serta melibatkan sebanyak 1,951 pusat mengundi dan 3,666 saluran.

Sementara itu, prosedur operasi standard (SOP) PRN Ke -12 Sarawak juga masih belum diumumkan kerana pada ketika ini sedang dikemaskini oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) , Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan