Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Projek ‘STOLport’ Bebuling dilancarkan pada 30 November

ByFreddy Bohari

SPAOH, Betong, 24 Nov : Projek Padang Terbang Pelepasan dan Pendaratan Singkat Bebuling atau STOLport Bebuling akan dilancarkan pada 30 November ini.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual merasmikan majlis pecah tanah bagi projek tersebut dalam rangka lawatan kerja beliau ke daerah kecil tersebut pada hari tersebut.

Projek bernilai RM108 juta itu merupakan satu daripada dua buah padang terbang (STOLport) di Sarawak selain projek STOLport Bukit Mabong yang bernilai RM173.5 juta di Kapit.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas melakukan lawatan ke tapak projek STOLport Bebuling semalam.

Sebuah syarikat tempatan D.A.L Keluarga Realty Cara Raya JV Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak bagi pembinaannya.

Ia kini berada pada peringkat pembersihan tapak, dan dijadual siap pada 16 September 2023.

Menurut Uggah, padang terbang itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Sarawak untuk menjadikan negeri ini pengeluar makanan yang penting selain pengeksport bersih makanan menjelang tahun 2030.

Spaoh, tambahnya, merupakan sebahagian daripada kawasan Bakul Makanan Betong (Betong Food Basket).

Uggah berkata Kerajaan Negeri telah mengenal pasti kawasan Bebuling seluas 250 hektar sebagai tempat untuk melaksanakan sebuah daripada enam buah taman tani atau ‘agropark’ di Sarawak yang akan menggunakan kaedah pertanian pintar.

“Tujuan Padang Terbang Bebuling adalah untuk membolehkan hasil pertanian kita diangkut dengan cepat ke pasar,” ujarnya.

Turut mengiringinya dalam lawatan berkenaan adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Dato Gerald Rentap Jabu, Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu, dan Residen Bahagian Betong, Richard MIchael Abunawas.

Turut menyertai lawatan itu adalah Jurutera Jabatan Kerja Raya Bahagian, Chiresly Francis Kureng. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan