Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Projek bekalan paip air manfaatkan Kampung Sungai Agas Baru

KUCHING, 24 Nov : Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan berjumlah RM200 000 untuk projek bekalan air di Kampung Sungai Agas Baru.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) dan Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) negeri , Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, selepas projek berkenaan siap pada Mac tahun depan, ia dijangka akan menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang sering dihadapi penduduk di situ.

Katanya, peruntukan berkenaan disalurkan menerusi dana Rural Transformation Projek (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai untuk tahun lepas dan tahun ini.

“Inisiatif pemasangan paip sepanjang satu kilometer (km) di Jalan Sungai Cina telah diluluskan pada 2020 namun projek tersebut tertangguh disebabkan pandemik yang melanda,” katanya di sini hari ini.

Menurut Dr. Abdul Rahman, Pihak Lembaga Air Kuching akan membuat penilaian serta pelantikan kontraktor bagi projek ini dan pemasangan paip berkenaan.

” Projek ini dijangka memanfaatkan seramai 156 penduduk melibatkan 34 buah rumah, sebuah dewan dan sebuah gereja,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan