Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN Sarawak 18 Disember 2021

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 24 Nov : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember 2021 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember dan tarikh mengundi awal pada 14 Disember.

” Tempoh berkempen ditetapkan 12 hari bermula selepas pengisytiharaan calon yang bertanding sehingga pukul 11.59 malam pada 17 Disember,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Berhubung prosedur operasi standard (SOP), SPR memaklumkan ia sedang dikemaskini oleh Kementerian Kesihatan (KKM) , Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dan akan diumumkan setelah dimuktamadkan.

Sementara itu, katanya kos PRN Ke-12 Sarawak dianggarkan sebanyak RM150 juta.

” Seramai 46,565 petugas akan dilantik untuk kendalikan PRN ini di 1,866 pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,555 saluran mengundi dan 85 pusat mengundi awal,” kataya.

SPR turut menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

” Secara keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 buah dengan 3,666 tempat saluran mengundi,” katanya.

PRN Ke -12 Sarawak perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi pembatalan darurat oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 4 November lalu.

Sebelum ini, penarikan proklamasi darurat di Sarawak telah diwartakan pada 3 November 2021 susulan titah Yang di-Pertuan Agong , Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah berunding dengan Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menurut subseksyen 2(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan