Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 21 Nov -- Pemandangan Jambatan Gantung Satok dihiasi dengan lampu neon berwarna-warni yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini. Jambatan itu dibina dengan kos RM8.5 juta di lokasi jambatan asal yang runtuh pada Oktober 2004. Jambatan pejalan kaki yang merentangi Sungai Sarawak sepanjang 213 Meter itu siap pada 26 Mac 2021 ini telah pun dibuka kepada orang ramai pada 1 September lepas. Berkeluasan tiga meter lebar itu dibina mengikut piawaian British Standard (BS) termasuk menara dan blok utama bagi menempatkan kabel penggantungan. Ia memudahkan orang ramai dari kawasan Satok untuk ke Medan Niaga Satok dan bakal menjadi tarikan terbaharu bandaraya Kuching. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perasmian Jambatan Gantung Satok bawa limpahan rezeki kepada peniaga sekitar

KUCHING, 24 Nov : Jambatan Gantung Satok yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru- baru ini telah merancakkan lagi kegiatan ekonomi di kawasan berkenaan.

Antara yang ‘tersenyum lebar’ pastinya golongan peniaga yang mencari rezeki di beberapa premis yang beroperasi berhampiran jambatan berkenaan.

Tinjauan wartawan TVS mendapati, rata-rata peniaga di situ berasa teruja kerana pembukaan jambatan gantung itu telah menyumbang kepada peningkatan pengunjung dan seterusnya memberi pulangan memberangsangkan kepada perniagaan mereka.

Bagi Nur Afikah Ramli yang meniaga di medan selera Kubah Ria, dia mendapati kehadiran pengunjung ke kedainya telah meningkat hampir 80 peratus berbanding sebelum ini.

“ Sekarang lebih ramai pengunjung yang datang untuk makan dan minum di kedai saya sebelum atau selepas mereka melawat serta mengambil gambar berlatar belakang jambatan ini,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Rosman Yatim yang telah berniaga lebih dari 10 tahun di Kubah Ria berkata, dia bersyukur kerana pendapatannya turut meningkat.

“Sebelum ini jualan agak perlahan disebabkan beberapa perkara termasuklah sekatan perjalanan dan sebagainya. Namun kini suasana mula berubah ke arah yang lebih baik untuk perniagaan,” katanya.

Faizul Salim yang menjual sotong tutok pula berkata, dia tidak menyangka bahawa selepas perasmian jambatan itu, suasana meriah kembali ‘menjelma’ di medan selera berkenaan yang telah lama sepi.

” Sebelum ini boleh dikatakan tempat ini agak sunyi. Bagi peniaga di sini, kami merindui suasana meriah seperti dahulu dan Alhamdulillah dengan keadaan sekarang,” katanya.

Menurut Faizul, perubahan kawasan berkenaan mula berlaku sejak seminggu sebelum Jambatan Satok dirasmikan oleh Ketua Menteri.

“ Sejak itu, meja sentiasa penuh dan ruang parkir juga sesak kereta dan keadaan ini berlarutan hingga sekarang apabila orang ramai tidak putus – putus datang.

“Pada masa sama, saya juga mendapati pengunjung tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

Jambatan Gantung Satok sepanjang 213 meter itu kini menjadi mercu tanda baharu di bandar raya ini dibangunkan di tapak asal pada 18 September 2017 dan mengambil masa kira-kira empat tahun sebelum dibuka kepada awam pada Ogos lalu. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found