Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bintulu akan dibangunkan dengan cara baharu – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

BINTULU, 23 Nov : Bagi mencapai pembangunan yang lebih mampan serta sejajar dengan hasrat menjadikan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030, kerajaan negeri menyasarkan pembangunan gelombang kedua di sini.

Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana Bintulu bukan sahaja merupakan penyumbang terpenting kepada ekonomi Sarawak malahan juga Malaysia.

“Gelombang kedua yang saya maksudkan ialah Bintulu perlu dibangunkan berteraskan pembangunan dengan cara baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat di sini malam ini.

Yang turut hadir , Menteri Utiliti , Dato Sri Stephen Rundi Utom; Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak , Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian dan  Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip.

Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, bagi merealisasikan hasrat berkenaan, kerajaan negeri yang dipimpin beliau bersama pasukannya memerlukan sokongan rakyat yang merupakan elemen penting untuk mengekalkan kestabilan dan seterusnya membawa pembangunan berterusan.

“ Sebab semua ini bergantung kepada rakyat, jika terus memberi mandat kepada saya, Insya-Allah , saya akan membangunkan Sarawak selaras dengan dasar kerajaan negeri yang mahu memastikan rakyat dapat menikmati pembangunan yang lebih baik,” katanya.

Pada majlis tersebut, ketua masyarakat dan ketua kaum dari seluruh bahagian ini turut mengambil peluang beramah mesra dengan Ketua Menteri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan