Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tindakan terhormat pemimpin berpengalaman – Dr. Abdul Rahman

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 23 Nov : Keputusan Datuk Amar Micheal Manyin Jawong untuk tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini merupakan tindakan terhormat daripada seorang pemimpin berpengalaman.

Naib Presiden, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, Micheal Manyin merupakan seorang pemimpin Bidayuh yang dihormati dan telah banyak membantu dalam mengukuhkan perpaduan masyarakat di Sarawak.

“Beliau turut memberi sumbangan besar kepada Sarawak kerana berjaya menjalankan tanggungjawab diamanahkan dengan baik sepanjang memegang pelbagai portfolio kabinet kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Micheal Manyin yang juga Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidian Teknologi negeri untuk tidak bertanding pada PRN Ke-12 Sarawak ini.

Micheal Manyin yang mewakili kerusi berkenaan sejak lebih 25 tahun berkata, beliau telah menyampaikan hasrat berkenaan kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mengesahkan perkara itu kepada media selepas merasmikan Kolokium Kepimpinan Pendidikan Serian hari ini, Micheal Manyin berkata, Abang Johari telah menerima keputusan berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr. Abdul Rahman yang juga penyandang kerusi DUN Pantai Damai berkata, perkembangan berkenaan menunjukkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sentiasa membuka ruang kepada pemimpin muda untuk diketengahkan sebagai calon dan bakal wakil rakyat.

Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) dan Menteri Muda Bekalan Air berkata, bakal pengganti Micheal Manyin kelak mempunyai tanggungjawab berat dan perlu bekerja keras.

“Ini bagi memastikan pembangunan di DUN Tebedu dapat dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

Tambah beliau , tanpa mengira calon baharu itu lelaki atau wanita, individu berkenaan perlu sentiasa dekat di hati rakyat dan menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan