Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kes positif baharu di Malaysia lepasi 11,000

Sarawak catat 239 kes baharu, dua kematian

ByIsma Haziq

KUCHING, 23 Nov : Sarawak mencatatkan 239 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 249, 722.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), sebanyak 76 kes daripada kategori satu, 161 daripada kategori dua , manakala kategori tiga dan empat mempunyai hanya dua kes.

Daerah Kuching mencatatkan kes paling tertinggi iaitu 65 kes, diikuti dengan Miri (46), Beluru (45) dan Sibu (19).

Sementara itu, lima daerah mempunyai bilangan kes yang paling terendah iaitu Kapit, Bau, Tanjung Manis, Subis dan Bukit Mabong dengan hanya satu kes.

Sebanyak 20 daerah tiada merekodkan bilangan kes pada hari ini.

Tiada kluster baharu yang dikesan pada hari ini manakala enam kluster masih aktif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan