Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kru bot dikhuatiri lemas di Tanjung Mamat

KUCHING, 23 Nov : Seorang kru sebuah bot dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut di Tanjung Mamat semalam.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Sarawak berkata, operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan pada jam 9.17 malam tadi untuk mencari mangsa yang dikenali sebagai Henry Belaja.

” APMM Tanjung Manis telah menubuhkan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Awam Kampung Tanjung Sedi, Pulau Bruit hari ini untuk memulakan usaha pencarian mangsa,” jelas APMM Sarawak.

” Ketika ini, lelaki tersebut yang merupakan warga tempatan berusia 25 tahun dipercayai masih belum dapat dikesan. Mangsa dilaporkan hilang pada kedudukan di 8.5 batu nautika barat laut Tanjung Mamat,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut APMM Sarawak menerima laporan kejadian daripada pihak polis sekitar jam 9.04 malam.

Difahamkan, usaha pencarian hari ini memfokuskan kawasan pencarian di lokasi berkeluasan 60 batu nautika dari Pulau Bruit hingga ke Tanjung Mamat termasuk Kuala Paloh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan