Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak dan swasta ganding bahu sediakan rumah mampu milik

ByFebbright James

KUCHING, 23 Nov : Sejajar dengan inisiatif Kerajaan Sarawak menyediakan rumah mampu milik kepada golongan M40 dan B40, syarikat pemaju, Lee Onn Development Sdn. Bhd. mengorak langkah dengan membina rumah kategori berkenaan di bawah Skim Perumahan Sri Pertiwi di MJC Batu Kawah.

Pengarahnya, Tan Kun Gee berkata, projek ini menawarkan unit rumah dengan harga RM295, 000.00 dengan keluasan 960 kaki persegi.

“Bagi projek ini , kami akan menyediakan sebanyak 468 unit apartment mampu milik yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun ini.

“Kami mensasarkan golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah di antara RM4,000 hingga RM10,000 untuk membeli kediaman ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Pines Sri Pertiwi yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Kun Gee berkata, selain harga mampu milik, lokasi perumahan itu juga sangat strategik kerana terletak di kawasan yang sedang pesat membangun.

Kerajaan negeri sebelum ini melancarkan Perumahan Sri Pertiwi untuk memenuhi permintaan rumah mampu milik dan terbuka kepada syarikat pemaju perumahan yang berhasrat untuk membantu kerajaan menyediakan rumah kategori berkenaan. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found