Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penamaan calon Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negari (DUN) Tioman akan diadakan esok. Foto: Bernama

TERKINI : PRN Ke -12 Sarawak, SPR mesyuarat Rabu ini

KUCHING, 22 Nov : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh akan mempengerusikan Mesyuarat Khas Berkaitan Urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak pada Rabu ini.

SPR menerusi kenyataan media memaklumkan, mesyuarat berkenaan dijangka akan bermula pada pukul 9 lagi di Hotel Hilton di pusat bandar.

” Satu sidang media akan diadakan pada pukul 11 pagi selepas mesyuarat berkenaan berakhir,” jelas kenyataan itu.

SPR turut memaklumkan, bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19, setiap agensi media hanya dibenarkan menghantar tiga petugas sahaja untuk membuat liputan.

Mesyuarat itu dijangka akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN ke-12 Sarawak, selain tarikh Writ  Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar  Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut. 

Sebelum ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak terbubar secara automatik pada 3 November lalu apabila Proklamasi Darurat ditamatkan.

Berdasarkan Warta Kerajaan Persekutuan Proklamasi Darurat (Sarawak) (Pembatalan 2021) dikeluarkan Jabatan Peguam Negara , Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Sarawak pada 29 Julai 2021 dibatalkan berkuat kuasa 3 November 2021. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan