Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rakyat mahu kestabilan dan tolak budaya katak – Abang Johari

KUCHING, 21 Nov : Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memberi dua pengajaran iaitu rakyat mahukan kerajaan yang stabil dan menolak sifat ‘ala katak’ dalam berpolitik.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, budaya katak yang dimaksudkan oleh beliau ialah keputusan ‘melompat parti ‘ yang dilakukan oleh segelintir wakil rakyat demi kepentingan diri.

“Jika anda perasan, ada sebuah parti ini kosong kerana tidak menang sebarang kerusi (dalam PRN Melaka) ia (parti yang gagal menang kerusi semalam) ada di Sarawak juga, “ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas keputusan PRN Melaka semalam yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan selepas menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Beberapa calon yang sebelum ini digelar warganet sebagai ‘katak’ termasuk Datuk Mas Ermieyati Shamsudin, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Norhizam Hassan Baktee tumbang di kawasan masing – masing.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata isyarat yang diberikan rakyat semalam ialah mereka sudah muak dengan keadaan yang tidak stabil akibat krisis politik yang berpanjangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan