Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Wanita antara ditahan kes sabung ayam

KANOWIT, 20 Nov : Seorang wanita berusia 29 tahun antara lima individu yang ditahan di sebuah ladang kelapa sawit yang dijadikan gelanggang sabung ayam.

Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan (DSP) Tega Bilong berkata, kesemua suspek cuba melarikan diri ke dalam hutan semasa serbuan dilakukan di Ulu Maong, Machan pada pukul 1.05 tengahari tadi namun berjaya diberkas oleh anggotanya.

“Serbuan ini merupakan kali kedua di kawasan berkenaan. Sebelum ini, kumpulan yang sama telah menjalankan aktiviti haram itu di pelbagai lokasi untuk mengelak dikesan pihak polis,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Tega, dalam serbuan kali ini, polis turut merampas tiga ekor ayam jantan namun dua daripadanya sudah mati, dua bilah taji dan sejumlah wang tunai.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 18 dan 29 telah dibawa ke Balai Polis Kanowit untuk tindakan lanjut,” kata Tega.

Tambah beliau, kes tersebut disiasat di bawah seksyen 3(1) Langkah-langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan