Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sokongan berterusan untuk petani tempatan – Uggah Embas

SERIAN, 20 Nov : Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak sentiasa memberi sokongan yang berterusan bagi memastikan produk pertanian keluaran Tarat dan seluruh negeri ini dapat menembusi pasaran antarabangsa.

Menterinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau yakin kopi yang ditanam di kawasan ini sangat berpotensi untuk memasuki pasaran Taiwan kerana berkualiti tinggi.

“Pada masa akan datang, saya juga ingin melihat kerepek pisang dari sini juga boleh dieksport ke luar negara kerana ia mempunyai potensi untuk berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jangkauan Komuniti Agrikultur dan pecah tanah bagi projek inkubator pemprosesan kopi dan kerepek di Teng Bukap di sini hari ini.

Sehubungan itu menurutnya bagi memacu lagi pertumbuhan industri berkenaan, kementeriannya telah meluluskan peruntukan tambahan RM300 000 untuk kegunaan inkubator pemprosesan kopi.

” Saya percaya ia akan dapat mengubah taraf hidup petani di kawasan ini. Bagaimanapun untuk menikmati hasil yang lebih baik, Jabatan Pertanian perlu memastikan penanaman produk – produk pertanian di sini memenuhi kehendak pasaran antarabangsa,” katanya.

Sebelum ini, projek seumpama itu telah dilaksanakan untuk merapatkan kerjasama membabitkan agensi kerajaan dan golongan petani di kawasan pedalaman bagi membolehkan mereka mendapat manfaat hasil tani. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan