Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak miliki garis panduan perumahan selesa yang jelas

ByOdleen Catherny

KUCHING, 20 Nov : Usaha kerajaan Sarawak dalam menyediakan perumahan untuk rakyatnya dilihat memenuhi konsep perumahan selesa.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Sarawak (SHEDA), Dato Sim Kiang Chiok berkata, projek yang diluluskan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Kiang Chiok berkata, ini kerana kediaman berkenaan menepati ciri-ciri asas seperti memiliki tiga buah bilik tidur, keluasan rumah lebih dari 900 per segi termasuk dua bilik mandi.

“ Bagi rumah yang mempunyai dua bilik tidur pula, ia adalah memadai bagi individu bujang ataupun pasangan yang masih belum mempunyai anak dan tinggal di kawasan bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu rancangan ‘Sarawak Decides’ terbitan TVS bagi membincangkan topik Menyediakan Rumah Yang Selesa Dan Mampu Milik di sini hari ini.

Tambah Kiang Chiok, ahli-ahli SHEDA gembira dengan sokongan kerajaan negeri terhadap persatuan itu membina perumahan Sri Pertiwi mirip projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)  iaitu inisiatif Kerajaan Persekutuan.

” Ia dibina mengikut ketumpatan yang sama, saiz setiap unit dengan harga tetap RM290,000 untuk keluasan 900 per segi termasuk tiga buah bilik tidur dan dua bilik mandi,” katanya.

Perumahan ini dijangka boleh diwujudkan di Sarawak dalam masa terdekat yang mana beberapa projek telah dirasmikan dan dalam proses pembinaan.

Ujar beliau, Kerajaan Sarawak secara langsung telah memberi peluang dalam membantu pemaju swasta untuk membina perumahan seperti Prima namun di bawah Skim Sri Pertiwi.

Skim Sri Pertiwi akan dijual oleh para pemaju swasta pada harga yang sama seperti Prima dengan keluasan yang sama, tiga bilik tidur termasuk kemudahan-kemudahan yang lain.

Jelasnya, kerajaan negeri sentiasa memantau dan membuat pelan untuk mewujudkan perumahan mampu milik untuk penduduknya sekaligus memenuhi keperluan perumahan pada masa akan datang.

“Contoh terdekat boleh dilihat di perumahan baharu Darul Hana yang moden sekaligus membantu mengembangkan lagi penempatan perkampungan di kawasan Pending.

” Ini juga akan membantu kawasan kampung sedia ada dikekalkan manakala penduduk yang lebih muda masih boleh tinggal dekat dengan ibu bapa mereka,” ujarnya lagi.

Tags: #bm, SHEDA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan