Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN Melaka: BN bentuk kerajaan negeri, capai majoriti mudah

ByBernama

MELAKA, 20 Nov (Bernama) — Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan selepas memperoleh 15 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh pada 9.42 malam ini di Menara Persekutuan di sini.

“BN telah memenangi sejumlah 15 kerusi daripada 28 kerusi yang diperuntukkan dan dengan ini berjaya memperoleh suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya.

Abdul Ghani juga berkata proses pengundian bagi pilihan raya berkenaan berjalan dengan baik dan lancar.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan