Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah Terkini Kes COVID-19

Lapan daerah di Sarawak catat kes sifar COVID -19

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 20 Nov : Sarawak hari ini mencatatkan sebanyak 255 kes baharu COVID-19 selain empat kematian turut dilaporkan.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) , daripada jumlah itu, hanya tujuh kes sahaja bagi kategori tiga, empat dan lima.

JPBNS dalam kenyataan itu turut memaklumkan sebanyak 85 lagi kes melibatkan pesakit yang tidak bergejala manakala 163 hanya bergejala ringan.

” Ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini ialah sebanyak 249, 091 kes,” jelas JBPN.

Kuching kekal mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 76 , diikuti Miri (47), Bintulu (21), Sibu (19), Serian (16), Lawas sebanyak sembilan kes dan Samarahan dengan lapan kes.

Sementara itu, perkembangan memberangsangkan turut berlaku di lapan daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini.

Pada masa yang sama, tiada kluster baharu dikesan manakala enam kluster masih aktif. -TVS

Tags: #bm, #COVID19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan