Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Calon PRN Ke – 12 Sarawak, tunggu dulu – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

JULAU, 20 Nov : Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak terburu – buru dalam memperkenalkan barisan calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara berkenaan kini sedang dimuktamadkan.

” Soal calon, tunggu dahulu, jangan tergesa -gesa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pembukaan Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Jajaran Seksyen Julau di Stadium William Mawan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Semalam, Setiausaha Agung , Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) , Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan parti itu telah menyerahkan senarai bakal calonnya yang akan bertanding dalam PRN Ke-12 Sarawak kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Insolvensi Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk proses tapisan sebagai komitmen untuk memastikan kredibiliti dan integriti semua calon yang akan ditampilkan.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, PBB dan GPS kini di peringkat memantapkan gerak kerja sebagai persediaan menghadapi pertarungan di kesemua 72 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

” Antara yang dibincangkan termasuklah kerjasama untuk melahirkan sebuah pasukan yang mantap bagi meneruskan legasi kecemerlangan PBB sebagai tulang belakang GPS,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan