Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DATUK SERI ALEXANDER NANTA LINGGI
Kerajaan belum lagi menetapkan tarikh bagi menarik balik sekatan pengeksportan ayam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. --foto Bernama

Beberapa lagi penyandang kerusi DUN PBB tawar berundur diri

KUCHING, 20 Nov : Beberapa penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menawarkan diri untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak.

Setiausaha Agung PBB, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan itu disuarakan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Parti yang berlangsung di ibu pejabatnya di sini pada sabtu malam, dipengerusikan oleh presiden PBB merangkap Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

” Ya benar terdapat beberapa penyandang menawarkan diri secara sukarela untuk berundur dan Presiden parti telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka kerana memberi peluang kepada muka baharu untuk bertanding,” katanya dalam sidang media malam tadi.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan jumlah sebenar penyandang yang menawarkan diri untuk berundur.

Sebelum ini, tiga penyandang kerusi DUN daripada PBB telah menyatakan secara terbuka hasrat  mereka untuk tidak bertanding dalam PRN Ke-12, iaitu Datuk Abdul Wahab Aziz (Kalaka), Datuk Naroden Majais (Gedong) dan Datuk Ambrose Blikau Enturan (Katibas).

Nanta juga berkata, berikutan keputusan itu, PBB akan menampilkan muka-muka baharu dalam usaha untuk sentiasa menyegarkan parti itu bagi meneruskan legasi kecemerlangannya sebagai tulang belakang pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS).- TVS

Tags: #bm, #PBB

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan