Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN Melaka : Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Pihak Cetus Provokasi

ByBernama

MELAKA, 19 Nov : Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba menimbulkan provokasi melampau sehingga boleh menganggu gugat ketenteramaan awam dan keselamatan negeri sepanjang proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata pihaknya memberi jaminan keadaan keselamatan terkawal untuk masyarakat serta pengundi menunaikan tanggungjawab.

“Kita telah menggerakkan semua elemen yang ada dalam kontinjen negeri selain mendapat bantuan sumber manusia yang merangkumi kekuatan elemen daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mengatur gerak menghadapi segala kemungkinan ancaman keselamatan dan ketenteraman awam.

“Polis juga akan memastikan proses pengundian yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula 8 pagi hingga 5.30 petang bagi membentuk kerajaan yang mendapat mandat itu berjalan lancar dan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Majid berkata semua pengundi yang layak diminta menjalankan hak dan tanggungjawab mereka tanpa perlu khuatir terhadap keselamatan diri.

Beliau berkata rakyat di negeri itu juga dinasihatkan supaya menerima keputusan pilihan raya itu dengan penuh kematangan dan hati terbuka .

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByFirdaus Ismail-
ByFirdaus Ismail-
ByFirdaus Ismail-