Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Joseph Kalang Tie mahu kekal bersama Kuching City FC musim depan

KUCHING, 19 Nov : Kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie memberi bayangan beliau bersedia untuk terus menyarung jersi kelab berkenaan bagi saingan Liga Perdana 2022.

Mengakui selesa menabur bakti bersama kelab yang berpengkalan di negeri kelahirannya, bekas pemain kebangsaan itu turut berharap mereka mampu melangkah lebih jauh dalam saingan musim depan.

Bagaimanapun katanya, ketika ini perbincangan masih berlangsung dengan pengurusan kelab itu sebelum keputusan dibuat.

” Saya selesa di sini, kami seperti satu keluarga dan mereka (pengurusan) menjaga kebajikan pemain,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menjadi tetamu rancangan Sarawak Decides di studio TVS di sini hari ini.

Menerusi topik berkenaan, Joseph,34, yang pernah beraksi bersama Terengganu dan Selangor berkongsi pandangan menerusi tajuk Memperhebatkan Bidang Sukan Di Sarawak.

Berhubung saingan musim depan, Joseph berkata, mereka mahu muncul dua pasukan terbaik sekaligus mara ke Liga Super 2023 selepas menduduki tempat kelima tahun ini dan mara ke saingan Piala Malaysia.

Sementara itu, Joseph berkata, sudah sampai masanya bidang sukan di Sarawak mengorak langkah yang lebih jauh dan tidak selesa di takuk lama.

Menjadikan Johor Darul Takzim (JDT) sebagai inspirasi, Joseph yang mencipta sejarah sebagai kapten termuda pasukan Sarawak pada usia 21 tahun berkata, beliau ‘cemburu’ melihat dominasi skuad Harimau Selatan itu dalam bola sepak negara.

” Cemburu yang bersifat positif, mereka (JDT) sudah 1,000 langkah di hadapan. Oleh itu, saya berharap pemimpin sukan di sini boleh melakukan sesuatu agar kita dapat memajukan lagi mutu sukan di Sarawak,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, pemain yang mempunyai sembilan penampilan bersama skuad Harimau Malaya serta dua jaringan itu berkata, beliau bersedia untuk menjadi jurulatih dan berkongsi pengalaman yang dimilikinya bersama bakat muda. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan