Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua warga tempatan ditahan disyaki terlibat kes dadah di Stampin

ByDayu Adruce

KUCHING, 19 Nov : Polis menahan dua rakyat tempatan iaitu seorang lelaki dan perempuan di Jalan Kuching By Pass BDC, Stampin di sini kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata, menerusi serbuan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu pada pukul 10 pagi semalam, polis menemukan 11 paket plastik bewarna kemerahan.

” Barangan disyaki dadah itu ditemui dalam beg silang selepas polis melakukan pemeriksaan badan terhadap lelaki berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Beliau memberitahu, turut ditemui ialah dua paket plastik berwarna biru dan satu paket plastik lutsinar yang berisi ketulan jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 7.43 gram.

Ashmon memberitahu, ujian saringan yang dilakukan terhadap kedua – dua suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis amphetamine manakala suspek wanita negatif.

” Semakan mendapati wanita itu mempunyai dua rekod lama berkaitan dadah manakala lelaki itu tidak mempunyai sebarang kes lampau,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39 A, (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan