Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Buang bayi, pelajar perempuan tingkatan empat ditahan polis

SONG, 19 Nov : Drama dicetuskan seorang remaja wanita yang mendakwa terdengar bunyi tangisan kuat seorang bayi lelaki dalam kawasan semak di Jalan Mission semalam berakhir apabila dia ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Song, Deputi Superintendan Rowney Jalak berkata, suspek yang juga pelajar tingkatan empat ditahan kira – kira pukul 6.30 petang semalam di rumah sewanya berhampiran tempat kejadian.

” Remaja berkenaan kini telah dibawa ke Hospital Kapit untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala polis sedang mengesan rakan lelakinya yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun untuk membantu siasatan kes ini,”katanya.

Dalam kejadian kira – kira pukul 9 pagi semalam, suspek yang tinggal di sebuah rumah yang disewa berhampiran kawasan berkenaan memaklumkan kepada abangnya mengenai tangisan bayi yang didengarinya.

Pasangan adik beradik berkenaan kemudian memeriksa kawasan sekitar dan terkejut apabila menjumpai seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di atas rumput dan daun kering tanpa pakaian.

Abang suspek yang berusia 34 tahun kemudian membuat laporan polis dan bayi berkenaan yang dipercayai baharu dilahirkan dan cukup sifat berjaya diselamatkan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk membuang bayi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan