Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

TYT Kurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Kepada 103 Penerima

ByAkma Salleh

KUCHING, 17 Nov : Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah mengurniakan darjah kebesaran dan pingat negeri Sarawak kepada 103 penerima pada majlis yang berlangsung di Dewan Besar Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Mendahului senarai ialah Pengarah Bahagian Keselamatan  Universiti  Malaysia Sarawak (Unimas), Leftenan Kolonel (Bersara) Mohd Melintang Abdullah yang dikurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Johan Bintang Kenyalang (J.B.K).

Beliau yang sebelum ini berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 36 tahun pernah menyertai misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Liberia, Sudan dan Somalia serta pernah menjadi Pegawai Perhubungan Tentera PBB ke Kesatuan Afrika pada 2009 sehingga 2012.

Seorang lagi penerima darjah kebesaran J.B.K ialah Kaunselor Suhaili Abang Abu Samy.

Sesi diteruskan dengan pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam Johan Perkhidmatan Cemerlang (J.P.C) kepada dua penerima iaitu Pengarah Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri (SIMU) di Jabatan Ketua Menteri , Abdul Rahman Sebli Logo @ Senusi dan Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Samat Junai.

Bagi penerima Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) (P.P.C), seramai sembilan orang telah terpilih didahului oleh Residen Serian, Tuah Suni manakala bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak (P.B.S) menyaksikan seramai enam penerima diberikan penghormatan termasuk atlet sukan bina badan negeri, Buda Anchah.

Sementara itu, Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) pula dianugerahkan kepada enam penerima.

Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (P.P.B) pula menyaksikan seramai tiga penerima termasuk Pegawai Perhubungan Awam Kanan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan , Abdul Taib Abdillah yang juga bekas Pengarah Pengurusan Koporat Institut Pengurusan Air Negara (NAHRIM).

Seterusnya, Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Sarawak(A.B.S) pula dianugerahkan kepada 24 penerima manakala Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K) menyaksikan 10 individu diberi penghargaan.

Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) (P.P.T) menyaksikan 13 penerima diberikan pingat.

Sesi diakhiri dengan pengurniaan pingat kepada 28 penerima bagi Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Pingat Bentara Bintang Sarawak (B.B.S).

Turut hadir , Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr. Jerip Susil dan Setiausaha Kerajaan Negeri , Datuk Amar Jaul Samion. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan