Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Seorang terbunuh pesawat TUDM terhempas – Hishammuddin

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 17 Nov : Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disahkan terkorban selepas pesawat Hawk 108 terhempas di landasan Pengkalan Udara Butterworth kira -kira pukul 10.07 tadi.

Mengesahkan insiden berkenaan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau turut mendapat maklumat daripada Panglima TUDM, Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad bahawa seorang lagi turut cedera.

Katanya, TUDM telah diarahkan memberi laporan terperinci dan menyiasat punca kejadian.

” Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan saya difahamkan anggota yang cedera kini sedang menerima rawatan,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan pejabatnya sebentar tadi.

Pada masa sama, Hishammuddin mengarahkan Kementerian Pertahanan supaya menyalurkan segala bantuan yang diperlukan kepada kedua-dua anggota keluarga terlibat .

Sementara itu, di lokasi ketika ini anggota Bomba dan Penyelamat dilihat sedang melakukan kerja -kerja memadam kebakaran ekoran nahas berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan