Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Huawei agihkan tablet kepada pelajar di Gedong dan Simunjan

GEDONG, 17 Nov : Memahami kesukaran yang dihadapi sebilangan pelajar sekolah mengikut sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) , Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. (Huawei Malaysia) tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya dengan mengagihkan tablet kepada pelajar di sekitar Gedong dan Simunjan.

Menerusi program berkenaan, sebanyak 146 unit tablet Huawei diserahkan kepada pelajar di 12 buah sekolah yang diterima oleh Pengetua dan Guru Besar sekolah masing – masing.

Antara sekolah yang terpilih termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedong, Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Kadir Gedong, SK Kepayang, SK Tegelam, SK Sebuyau Esengei, SK Keniong, SK Lubok Punggor, SK Semalatong, SK Munggu Lailang, SK Sungai Ba, SK Kampung Gumpey dan SK Lubok Buntin.

Majlis penyerahan dilakukan oleh Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Program ini turut mendapat kerjasama kerajaan negeri menerusi Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang mengetuai pengagihan kepada pelajar yang kurang berkemampuan di dua kawasan ini.

Yang turut hadir, Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Naroden Majais. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan