Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hishammuddin ucap takziah kepada keluarga Kapten Mohamad Affendi

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 17 Nov : Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat pejuang Hawk 108 malam tadi.

Hishammuddin berkata, beliau mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT.

” Saya juga berharap agar ahli keluarga tabah menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Malam tadi beliau turut mengesahkan kematian Mohamad Affendi dalam tragedi di landasan Pengkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Butterworth yang berlaku pada pukul 10.07 malam.

Seorang lagi juruterbang TUDM, Mejar Mohd. Fareez Omar yang turut berada dalam pesawat pejuang berkenaan pula sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, TUDM telah menubuhkan Lembaga Siasatan Terperinci mengenai insiden berkenaan.

Kali terakhir pesawat pejuang Hawk 108 terhempas ialah pada 15 Jun 2017 di Chukai , Terengganu yang mengorbankan dua juruterbang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan