KUCHING, 16 Nov : Sebanyak 25 peratus pengundi awal telah keluar membuang undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat pukul 10 pagi tadi.
Menurut sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu meningkat daripada 11 peratus yang dicatatkan pada pukul 9 pagi.
Melaka mempunyai seramai 11,557 pengundi awal yang akan mengundi di 31 pusat di seluruh negeri.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mempunyai 28 kerusi dan gabungan parti yang ingin membentuk kerajaan, perlu menang sekurang-kurangnya 15 kerusi yang dipertandingkan.
Jumlah pengundi berdaftar Melaka adalah seramai 495 196 setakat 3 Oktober lalu. -TVS