Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
vaksin covid di Malaysia

Lebih 95.3 peratus populasi dewasa Malaysia lengkap vaksin

ByConnie Grace

KUCHING , 16 Nov : Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW memaklumkan lebih 22, 318,132 individu atau 95.3 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.

Pada masa sama, sejumlah 22, 875, 185 individu atau 97.7 peratus dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

“Manakala bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula sebanyak 80.4 peratus atau 2, 531,793 individu telah lengkap divaksinasi,” jelas kemaskini berkenaan.

Seramai 87 peratus atau 2,740, 442 individu remaja juga telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sebanyak 102, 057 dos vaksin diberikan semalam melibatkan suntikan dos lengkap kepada 5,488 dos pertama dan 70, 274 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Jumlah kumulatif dos penggalak kini mencecah 1,042, 234. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan