Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Boling Dunia, Malaysia raih perak dan gangsa acara berpasukan

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 16 Nov : Prestasi cemerlang dipamerkan pasukan boling lelaki negara di Kejohanan Boling Dunia tersekat di peringkat separuh akhir.

Kuarters Malaysia yang dibarisi tiga bekas juara dunia iaitu Rafiq Ismail, Tun Amirul Hakim, Syafiq Ridhwan Abdul Malik dan muka baharu, Syazirol Shamsudin gagal mengekalkan persembahan cemerlang ketika menyingkir bekas juara berpasukan dunia ,Amerika Syarikat di suku akhir.

Beraksi di gelanggang khas yang dibina di luar dewan pada Ekspo Dubai, wakil negara dilihat sedikit bergelut sejak awal frame pertama.

Sebaliknya Korea Selatan yang menampilkan Ji Geun, Go Jae-kyeok, Kang Hee-won dan Ka Soo-hyeong selesa menguasai permukaan lorong malah hampir mencipta sejarah melakukan permainan sempurna.

Pasukan lelaki Malaysia yang pernah memegang pingat perak acara sama pada 2006 terpaksa akur dengan kekalahan 184 – 299  sekaligus membawa pulang pingat gangsa.

Sementara itu, pasukan wanita negara yang dibarisi Syazwani Sahar, Natasha Roslan, Fatin Najihah dan Siti Safiyah pula mara ke final selepas menewaskan Filipina 279 -180 pada peringkat separuh akhir.

Begitupun hasrat untuk mengulangi kejayaan menang emas acara ini pada 2017 tidak kesampaian apabila tumpas kepada Amerika Syarikat dalam perlawanan akhir.

Malaysia memulakan perlawanan akhir dengan meyakinkan apabila menang perlawanan pertama 190- 170 sebelum akur 171 – 215 pada pusingan kedua. -TVS

Tags: boling

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan