Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Biasiswa UTS untuk semua anak Sarawak – Dr. Annuar Rapaee

KUCHING, 16 Nov : Kerajaan Sarawak akan menanggung sepenuhnya yuran pengajian peringkat asasi di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) khusus untuk pelajar yang berasal dari negeri ini.

Pengerusi UTS, Dr. Annuar Rapee berkata, sehubungan itu, setiap pelajar Sarawak akan menikmati biasiswa penuh bernilai RM10, 000 bagi program berkenaan.

Katanya, keputusan itu bagi membolehkan lebih ramai rakyat negeri ini berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi seterusnya menghasilkan tenaga kerja profesional yang akan memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak.

” Saya tidak mahu penduduk di kampung dan rumah – rumah panjang hanya melihat sahaja UTS dari luar.

Penduduk Iban di Pasai, orang Melayu di Teku, masyarakat Cina di Bawang Assan dan Sungai Bidut setiap hari melalui jalan di depan universiti ini yang dibina untuk mereka dan semua anak Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook yang berkongsi tentang aspirasi universiti berkenaan untuk menyumbang kepada perkembangan bidang pendidikan tinggi di negeri ini

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru – baru ini telah melancarkan UTS yang merupakan universiti milik kerajaan negeri yang pertama.

UTS yang terletak di Sibu akan memainkan peranan penting dengan memberi fokus kepada penyeldiikan dan inovasi pembangunan sekaligus menerajui Sarawak ke arah negeri maju menjelang 2030 selaras dengan visi pendigitalannya.

Terdahulu, Dr. Annuar menjelaskan, beliau menerima banyak maklum balas daripada masyarakat setempat yang menyuarakan kebimbangan tidak mampu untuk belajar di UTS memandangkan yurannya yang mahal.

Dr. Annuar berkata, rakyat negeri ini tidak perlu bimbang kerana sesiapa sahaja yang layak akan diterima untuk belajar dan menikmati biasiswa yang ditawarkan bagi meneruskan pengajian di universiti berkenaan.

Pengerusi UTS, Dr. Annuar Rapaee

” Siapa yang layak, mereka boleh masuk ke UTS kerana biasiswa pengajian tidak memandang warna kulit dan kaum anda,” katanya.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri Sarawak turut memperkenalkan Biasiswa Siswazah dan Pascasiswazah yang akan menjimatkan kos pengajian sehingga 50 peratus.

” Kepada ibu bapa golongan B40 dan M40 pula, jangan risau kerana kerajaan negeri juga menawarkan 100 biasiswa untuk bumiputera dan 100 biasiswa untuk bukan bumiputera yang akan membiayai 80 peratus yuran pengajian mereka,” katanya. -TVS

Tags: UTS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan