Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bangunan Majlis Bandaraya Miri simbolik kemajuan dan kekayaan minyak Sarawak – Abang Johari

Kredit Gambar, Pejabat Ketua Menteri

MIRI, 15 Nov : Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan rancak serta kestabilan yang dinikmati Sarawak ketika ini adalah disebabkan berkesanan dasar – dasar mengutamakan rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Mengambil contoh pembangunan pesat di Miri termasuk siapnya projek pembinaan bangunan baharu Majlis Bandaraya Miri , Abang Johari berkata, ia selaras dengan aspirasi pembangunan kerajaan negeri untuk menjadikan Miri sebagai Bandar Pintar pertama di Sarawak.

Menurut beliau, tadbir urus yang berkesan pula akan membolehkan Majlis Bandaraya Miri menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat.

” Seterusnya ia akan memberi keyakinan kepada pelabur untuk datang menanam modal di sini yang juga merupakan Bandar Minyak Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Bangunan Majlis Bandaraya Miri di sini hari ini.

Yang turut hadir , Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan , Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian; Menteri Pengangkutan , Dato’ Sri Lee Kim Shin; Menteri Utiliti , Dato’ Sri Dr. Stephen Rundi Utom dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang.

Mengulas lanjut mengenai bangunan berkenaan, Abang Johari berkata, reka bentuknya yang diilhamkan berdasarkan bentuk tong minyak itu dijangka akan menjadi bangunan ikon baharu Miri.

“Lebih membanggakan, ia berjaya disiapkan pada Februari lepas walaupun berdepan gangguan pandemik COVID-19,” ujarnya.

Cadangan pembinaan bermula pada 2004 selepas permohonan dibuat kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk menaiktaraf Majlis Perbandaran Miri menjadi Majlis Bandaraya Miri.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan bangunan baharu Majlis Bandaraya Miri di sini hari ini. Kredit gambar, Pejabat Ketua Menteri.

Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama , Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 22 Mei 2010.

Bagaimanapun, berikutan masalah dana ketika itu, projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan.

Pada ulang tahun Hari Bandaraya Miri ke 13 pada 7 julai 2018, Abang Johari mengumumkan bahawa peruntukan akan disediakan untuk pembinaan bangunan Majlis Bandaraya Miri yang baharu.

Abang Johari juga berkata, bangunan ikonik berkenaan juga menjadi simbolik ‘kekayaan’ sumber minyak yang dimiliki Miri.

“Pada masa sama, ia turut melambangkan pembangunan pesat, perpaduan rakyat serta kemakmuran di bandar raya kedua terbesar di Sarawak ini,” katanya.

Abang Johari pada pelancaran itu turut memberikan komitmen bahawa Kerajaan Sarawak akan berterusan menyalurkan dana kepada Majlis Bandaraya Miri dan penduduk di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan