Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
banjir kedah

Mangsa banjir di Kedah terus menyusut kepada 30 orang

ByBernama

ALOR SETAR, 14 Nov: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 30 orang daripada sembilan keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 33 orang daripada 12 keluarga, petang semalam.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah , Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, kesemua mangsa itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Cenderawasih, Pendang.

“PPS ini telah diaktifkan sejak 2 November lepas bagi menempatkan mangsa banjir. Sekiranya air surut sepenuhnya, kesemua mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, keadaan cuaca hujan setiap hari dalam tempoh hampir sebulan lepas menyebabkan daerah Pendang, Kota Setar, Kubang Pasu, Baling dan Sik mengalami banjir hingga menyebabkan hampir 900 mangsa  terpaksa dipindahkan ke PPS.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan