Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebuhraya Pan Borneo Jajaran Julau siap 99 peratus – Fadillah

KUCHING, 14 Nov : Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) bagi jajaran Julau ke Sibu hampir siap sepenuhnya apabila kemajuannya kini mencapai tahap 99 peratus.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, di bawah jajaran LPB di Sarawak , terdapat dua pakej projek iaitu satu membabitkan Julau manakala satu lagi jajaran Serian ke Pantu.

Sehubungan itu ujar beliau, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka akan melancarkan LPB Julau pada minggu depan.

” Bagi pakej – pakej LPB yang lain pula, kementerian pada awalnya menjangkakan ianya dapat disiapkan menjelang akhir 2023 namun berikutan situasi semasa termasuk kesukaran untuk mendapatkan bekalan ketika pandemik, dijangka akan mengalami sedikit kelewatan iaitu pada awal 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus kementeriannya bersama media di sini hari ini.

Sementara itu, bagi keseluruhan projek LBP , Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, kebanyakan projek LPB kini mencapai tahap kemajuan sebanyak 80 peratus.

Kerja-kerja pembinaan LPB di Julau bermula pada 16 September 2016 dan manakala proses pemasangan cerucuk bagi Julau Interchange pula bermula pada Jun 2017. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan