Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang maut tercampak keluar dari kenderaan, tiga maut dalam kemalangan awal pagi

Empat maut kemalangan awal pagi di Miri, seorang tercampak keluar dari kenderaan

MIRI, 14 Nov : Empat maut selepas kereta jenis Proton Pesona yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori muatan panjang di Jalan Samalaju di sini pagi tadi.

Difahamkan, akibat pelanggaran berkenaan, salah seorang mangsa tercampak keluar dari kereta setelah merempuh lori itu yang berhenti di kiri jalan.

Menurut laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat, panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu diterima kira -kira pukul 4.24 pagi tadi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Samalaju dikejarkan ke lokasi kemalangan berhampiran lampu isyarat Eco Park, Bintulu.

” Setibanya di tempat kejadian, Bomba mendapati terdapat lima orang mangsa dengan empat daripadanya masih tersepit dalam kereta manakala seorang lagi tercampak keluar,” jelas kenyataan berkenaan.

Sumber: Balai Bomba Samalaju

Mangsa yang terselamat dikenali sebagai Brandon Libat, 28 manakala mangsa-mangsa yang meninggal dunia masih tidak dikenalpasti identiti ketika laporan ditulis.

Maklumat lanjut akan menyusul. -TVS

Tags: Miri

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan