Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ketua Menteri terima Darjah Panglima Mangku Negara

KUALA LUMPUR, 13 Nov : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Seri Paduka juga berkenan menganugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) bagi tahun 2021 yang membawa gelaran Tan Sri kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga berkenan mengurniakan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Richard Malanjum dan bekas Pengerusi Kumpulan FELDA Tun Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali.

Dua tokoh itu mendahului senarai 44 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Tahun 2021 pada istiadat pengurniaan hari pertama yang berlangsung di Istana Negara di sini.

Dalam istiadat yang sama, pengurniaan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) turut diberikan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan