Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Remaja terjun sungai mengadu kepanasan dikhuatiri lemas

SARIKEI, 12 Nov: Seorang remaja yang mengadu kepanasan lalu terjun ke dalam sungai untuk menyejukkan badan di sini dikhuatiri lemas.

Difahamkan, dua orang rakan mangsa sempat melihat tindakan mangsa dalam kejadan kira-kira pukul 10.05 berhampiran Rumah Bekarkong Tanjung Manis malam semalam (Khamis, 11 November).

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjung Manis, Wan Umar Wan Alek, sebaik meyedari rakan mereka tidak timbul-timbul, dua rakan mangsa itu terus memaklumkan kejadian tersebut kepada penduduk kampung untuk medapatkan bantuan.

“Sepasukan anggota terus bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.11 malam.

“Sebelum itu penduduk turut melakukan operasi pencarian namun gagal menjumpai mangsa,” kata Wan Umar.

Beliau memberitahu Sehubungan itu, Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) yang  ditangguhkan semalam berikutan cuaca gelap akan diteruskan hari ini

Tags: #bm, lemas, Sarikei

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan