Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Langgar penghadang, lelaki tercampak keluar kereta

LUNDU, 12 Nov: Rakan seorang mangsa kemalangan hanya mampu melihat rakannya tercampak keluar dari kereta semasa memandu di belakang kereta mangsa di Telok Melano di sini.

Menurut Pegawai Kanan Bomba Lundu Pathi Samsudin, dalam kejadian 2.55 pagi tadi , kereta yang dipandu mangsa terlanggar penghadang jalan lalu tercampak keluar akibat impak perlanggaran tersebut.

“Anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian, 27 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan.

“Kereta dipandu mangsa yang belum dikenalpasti identitinya ditemui dalam keadaan remuk teruk di bahu jalan lebih kurang 100 kaki dari jalan utama,” kata Pathi dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Tags: #bm, lundu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan