Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
RENTAS NEGERI DIBENARKAN MULAI ESOK - PM ISMAIL SABRI
KUALA LUMPUR, 27 Sept -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika tiba di Bangunan Parlimen bagi membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PM lancar Agenda Nasional Malaysia Sihat esok untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia

ByBernama

PUTRAJAYA, 10 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual melancarkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) esok dalam usaha untuk menjadikan Keluarga Malaysia sihat sejahtera dengan meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup.

Majlis pelancaran yang dijadual disertai Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin itu akan disiarkan menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia di saluran TV1 pada 9.15 pagi.

Inisiatif di bawah Kementerian Kesihatan itu telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2020 dan merupakan tawaran baharu bertujuan untuk menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

Ia juga merupakan hala tuju Malaysia bagi menyokong Pelan Pemulihan Negara untuk keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 dengan mendidik dan memperkasa rakyat untuk hidup bersama virus itu.

ANMS dirangka berikutan jangkaan bahawa penyakit tidak berjangkit dan penyakit berjangkit akan terus menjadi ancaman kepada kesihatan awam dalam kehidupan rakyat akibat cara hidup dan persekitaran yang tidak sihat.

Berlandaskan empat teras, iaitu memantapkan promosi pembudayaan hidup sihat, memantapkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan, memperkasakan kawalan kesihatan kendiri, dan memantapkan kebersihan persekitaran, ANMS akan dilaksanakan secara berfasa selama 10 tahun dan penentuan bagi fasa bergantung kepada isu kesihatan semasa.

Ia menggunakan pendekatan ‘Whole of Nation’ iaitu penglibatan secara menyeluruh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, dan sektor swasta serta rakyat bagi memastikan pelaksanaannya adalah secara menyeluruh selain memastikan kejayaan bagi menjadikan kesejahteraan dan kesihatan rakyat sebagai satu keutamaan. – Bernama

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan