Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak sediakan biasiswa lanjut pengajian ke Universiti Teknologi Sarawak

SIBU, 10 Nov : Kerajaan Sarawak menyediakan biasiswa untuk pelajar di negeri ini yang ingin melanjutkan pengajian mereka di Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif berkenaan diperkenalkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Sarawak supaya dapat menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Katanya, inisiatif ini juga dijangka akan memberi akses pendidikan yang lebih meluas terutamanya kepada pelajar kategori B40 dan M40 yang tinggal di luar bandar.

” Kerajaan negeri turut melakukan penambahbaikan termasuk pengurangan yuran dan tambahan peruntukan kepada UTS bagi membolehkan ia meningkatkan pengambilan pelajar baharu mencecah 4,000 orang menjelang 2024,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran UTS di sini hari ini.

Katanya, komitmen untuk membantu golongan pelajar yang disasarkan itu akan dilaksanakan menerusi penubuhan Yayasan Biasiswa UTS untuk semua pelajar dengan setiap seorang akan menerima RM10,000 dengan peruntukan berjumlah antara RM4.5 juta hingga RM7 juta setahun dan bergantung kepada bilangan pelajar maksimum seramai 700 orang.

” Sementara itu , kita turut memperkenalkan Skim Biasiswa Khas untuk rakyat Sarawak dengan memberi pengurangan yuran sebanyak 50 peratus bagi semua program pengajian peringkat pra siswazah dan pascasiswazah,” katanya.

Pada masa sama katanya, terdapat juga skim biasiswa yang ditubuhkan oleh UTS dan Yayasan Sarawak yang memberi diskaun yuran pengajian sehingga 80 peratus kepada pelajar dari keluarga M40 dan B40. – TVS

Tags: sibu, UTS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan