Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ismail Sabri adakan pertemuan dengan Jokowi di Istana Bogor pada hari ini

JAKARTA, 10 Nov: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia, dijadual diberikan sambutan rasmi di Istana di Bogor, kira-kira 60 kilometer dari Jakarta,pada tengah hari ini.

Dalam kemas kini Twitternya, beliau memaklumkan: “Saya akan mengadakan pertemuan dengan (Presiden Indonesia) Bapak (Joko Widodo) Jokowi untuk membincangkan beberapa perkara demi kepentingan rakyat Malaysia-Indonesia.

“Beberapa Memorandum Persefahaman dan Perjanjian di antara kedua-dua negara akan dimeterai atas kepaksian hubungan akrab antara dua negara berjiran.

“Dalam memperkasa industri pertahanan, saya juga akan mengadakan lawatan ke pusat kemudahan industri pertahanan yang terdapat di Bandung,” katanya.

Ini merupakan lawatan pertama Ismail Sabri ke Indonesia sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos 2021.

Selepas jamuan negara di istana, beliau akan kembali ke hotel penginapannya untuk bertemu dengan pemimpin industri Indonesia, sebelum menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman pada sebelah malam.

Beliau juga dijadual mengadakan dialog bersama diaspora Malaysia pada majlis makan malam itu.

Sepanjang lawatan itu, Ismail Sabri diiringi Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq. – Bernama

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan