Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dos penggalak diberi esok untuk Ahli Parlimen yang belum terima

KUALA LUMPUR, 10 Nov : Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kepada Ahli Parlimen yang belum menerimanya akan diadakan esok di klinik Parlimen.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat , Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata, pemberian vaksin itu akan bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menghubungi klinik Parlimen untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat janji temu bagi penerimaan dos penggalak itu,“ katanya dalam pemakluman sebelum sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pemberian dos penggalak kepada Ahli Parlimen pada 2 November lepas.

Pemberian dos penggalak bermula di seluruh negara 13 Oktober lepas untuk individu yang mendapat dos lengkap vaksin bagi memastikan imuniti yang diterima selepas dos lengkap dapat dikekalkan bagi tempoh optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan