Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Calon perlu bijak cari cara sendiri untuk berkempen

BySalasiah Safian

KUCHING: Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak berkemungkinan sama seperti yang ditetapkan untuk PRN Negeri Melaka.

Sekiranya ia sama, maka calon-calon yang akan bertanding tidak boleh mengadakan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, setiap calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu memastikan setiap pengundi di kawasan mereka mengenali logo gabungan itu.

Ini adalah kerana logo tersebut akan digunakan buat pertama kalinya dalam pertandingan untuk pilihan raya.

“Ini bukan baharu sekarang, tetapi kita sudah buat dari awal dahulu lagi. Sebab simbol ini adalah simbol yang baharu dan dengan itu, kita perlu perkenalkan simbol tersebut kepada pengundi,” katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Wanita dan Keluarga Sarawak di Kuching pada hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan inisiatif yang akan diambil oleh setiap calon jika kempen perlu diadakan secara maya, iaitu melalui platform media sosial, beliau berkata ia perlu dilaksanakan mengikut keperluan dan kesesuaian di sesuatu kawasan.

Beliau menambah, beberapa perkara perlu diambil kira seperti jaringan internet serta latar belakang pengundi.

“Yang itu, kita perlu cari cara sendiri, dan itu rahsia kita,” ujarnya.

Sebelum ini, untuk SOP PRN di Melaka, Kementerian Kesihatan telah menetapkan larangan berkenaan berdasarkan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Larangan itu juga selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan dalam SOP terkini Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan