Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak jadikan Bintulu hab petro kimia, wujud ribuan pekerjaan kepada rakyat – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

BINTULU , 9 Nov : Sarawak Petchem yang dibangunkan oleh kerajaan negeri dijangka akan memacu Sarawak menjadi sebuah wilayah perindustrian yang lebih besar.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, projek berkenaan juga mampu menarik pelabur asing luar dan seterusnya membantu meningkatkan pengeluaran produk nilai tambahan hiliran berasaskan minyak dan gas.

Katanya, usaha untuk mengubah landskap negeri ini perlu disokong dengan merancakkan sektor perindustrian berdasarkan sumber asli yang ada.

“Kerajaan mahu memaksimumkan penggunaan gas asli melalui industri hiliran di Sarawak. Kita mahu menjadikan Bintulu sebagai hab petrokimia melalui penubuhan SEDC Petchem untuk merealisasikan objektif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Sarawak Petchem Methanol Plant di sini hari ini.

Abang Johari berkata, projek berkenaan akan menjana peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak apabila loji metanol berkenaan sedia beroperasi menjelang akhir 2022.

“ Pembinaan projek mega ini dijangka akan memerlukan seramai 4, 500 pekerja selain 300 kakitangan semasa operasi loji. Selain itu, terdapat juga peluang lain termasuk perkhidmatan dan penyelenggaraannya,” katanya.

Tambah Abang Johari , Sarawak juga perlu mengeksploitasi sumber asli berkenaan dengan lebih jauh dan tidak hanya fokus kepada aktiviti huluan.

” Ketika ini , Sarawak Petchem telah memulakan program latihan juruteknik dengan kerjasama Petronas INSTEP dan ini merupakan sumbangan Sarawak Petchem ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya di luar bandar dengan menyediakan lambakan peluang pekerjaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan