Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak guna pendekatan teknologi perkasa penanaman semula pokok

BINTULU, 9 Nov : Kerajaan Sarawak akan terus meningkatkan usaha untuk “menghijaukan” negeri ini menerusi pelaksanaan Program Restorasi Landskap Hutan dengan menggunakan pendekatan teknologi dron.

Ketua Menteri , Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kaedah itu bukan sahaja mampu menjimatkan tenaga kerja malah dapat melipatgandakan usaha bagi meningkatkan keluasan hutan di Sarawak.

Ujar Abang Johari, beliau sangat tertarik dengan usaha Jabatan Hutan Sarawak yang tekad membangunkan Seed Ball: Throw & Grow Project.

“Pengunaan seed ball ini dapat menyokong pelaksanaan program restorasi memandangkan ia mudah digunakan serta mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi dan akan menjadi lebih mudah jika digabungkan dengan pengunaan dron,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Le Tour De Restoration Bahagian Bintulu dan Pelancaran Drone Seeding Project 2021 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, berdasarkan teknologi berkenaan, penyebaran biji benih dapat dilakukan secara lebih menyeluruh, menjimatkan masa dan tenaga kerja terutama bagi penanaman yang perlu dibuat di kawasan-kawasan yang sukar diakses.

Menurutnya, kerajaan Sarawak telah memperuntukkan dana yang besar bagi melaksanakan agenda ini terutama dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).

“Kerajaan Sarawak juga mempunyai hasrat untuk menjadikan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) sebagai pusat penyelidikan perhutanan di Sarawak.

“Saya difahamkan Jabatan Hutan Sarawak dan UPMKB telah mengadakan perbincangan mengenai kerjasama ini dan sebagai sokongan, kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukkan khas bagi menjayakan kerjasama penyelidikan itu nanti,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak juga berhasrat untuk mewujudkan satu kawasan Green Network yang menggabungkan semua kawasan hijau yang berdekatan dengan Taman Sentral Medan Bintulu terutama dengan kampus UPMKB.

“Kawasan ini nanti bukan sahaja akan menjadi pusat riadah bagi para penduduk yang tinggal di sekitar bandar Bintulu tetapi ia turut berperanan sebagai ‘green lung’ bagi mengimbangi perlaksanaan pelbagai projek pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan di bahagian ini.

“Di samping itu , Green Network Ini boleh dijadikan sebagai arboretum untuk kegunaan para pelajar di UPMKB serta masyarakat setempat.

“Adalah menjadi aspirasi kerajaan negeri agar Green Network ini dapat dikembangkan seperti mewujudkan hutan bandar yang akhirnya akan mewujudkan rangkaian ‘green lung’ di seluruh Sarawak,” tambah beliau.

Tambahnya, kerajaan komited untuk merealisasikan usaha ini seperti mana yang termaktub dalam Agenda Post Covid Development Strategy (PCDS) 2030 iaitu dengan memastikan perlaksanaan pelbagai projek pembangunan adalah selari dengan usaha melestarikan alam sekitar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan