Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis kesan pemandu kereta tendang penunggang motosikal

ByFirdaus Ismail

KAJANG, 9 Nov : Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta yang bertindak seperti samseng jalanan dalam kejadian baru – baru ini yang tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima satu video berdurasi 58 saat yang menunjukkan seorang lelaki memukul seorang penunggang motosikal ketika berhenti di lampu isyarat.

Ujarnya , kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Bandar Teknologi Kajang dan telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya.

” Setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian ini namun satu laporan pertama telah dilakukan oleh polis sendiri untuk membolehkan siasatan lanjut serta mengesan pelaku dan mangsa,” katanya menerusi kenyataan media.

Video berkenaan memaparkan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Proton Gen 2 dilihat keluar dari kenderaannya dan memarahi penunggang motosikal yang berhenti di sebelah kiri keretanya.

Suspek juga dilihat menendang penunggang motosikal itu yang tidak melawan.

Beliau memberitahu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ke atas mangsa dan ugutan yang mendatangkan ketakutan atau kegusaran kepada mangsa.

“Pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supaya tampil membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat agar si pelaku dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes iaitu Insp Mohd. Ali Hamzah di talian 019-866 0324. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan